Pelawat.

web site hit counter

Fenomena Hypnosis

Wilayah penumpuan yang difokus, merehatkan. Itu adalah difinasinya. Tetapi wilayah hypnosis yang sebenarnya adalah lebih sukar untuk didefinasikan. Dalam realiti, ianya adalah satu wilayah spesifik yang dimasuki oleh otak bila dengan mudah menerima saranan. Ini telah ditemui dengan proses scan semasa berlaku hypnosis. Ianya bukanlah satu wilayah asing dalam minda,

Hypnosis adalah keadaan wajar yang selalu kita alami sehari-hari, bahkan mungkin dalam setiap hari kita terhypnosis secara sedar maupun tidak.Dalam beberapa definisi, hypnosis state biasanya dikaitkan dengan keadaan trance yaitu keadaan antara bangun dan tidur nyenyak (Alpha State ) .Pada keadaan ini biasanya kita tidak menyadari dan baru menyadari jika peristiwa itu telah terjadi atau ada yang memberitahu. Meditasi, dzikir, kontemplasi, berdoa dengan khusyuk juga disebut sebagai keadaan hypnosis atau hypnosis state.

Contoh:
Glove anesthesia:
Karena asyiknya berbelanja sampai anda tidak menyadari ada kerikil kecil di Kasut anda.

Negative visual halucination:
karena terlalu sibuknya, dan tidak melihat Pen di depan anda sehingga anda mencari-carinya ke mana-mana.Yang paling sering menghypnosis kita adalah iklan. Anda pergi ke kedai untuk membeli gula dan minyak, tetapi saat anda ke luar dari kedai ternyata anda membeli rokok, coklat dan lainnya di luar perancangan anda. Sampai di rumah anda baru menyadari anda ternyata membeli pekara yang tidak anda perlukan.

Anda mungkin terasa bukan dalam khayalan atau dalam hipnosis. Untuk kebanyakan orang, mereka hanya berasa relax. Berlaku perubahan pada aktiviti gelombang otak. Ada persamaan dengan semasa tidur, dimana wilayah Alpha dimasuki. Otak anda terjaga ketika berada di gelombang Beta, sebaik anda hendak tidur ianya berubah dari Beta memasuki Alpha kemudian Delta dan Theta dalam tidur yang nyenyak. Wilayah Alpha lebih nyaman dan dipenuhi mimpi-mimpi.Ketika disini minda lebih terbuka kearah visualisasi dan mencipta pengalaman yang lebih merangsang. Lebih nyata pengalaman itu ketika di minda separa sedar, lebih kuat kesannya ketika keadaan sedar.

Adakah Hipnosis Bahaya?

Hipnosis adalah wilayah yang normal bagi minda, dimana hampir semua orang keluar dan masuk setiap hari. Apabila anda menonton satu filem yang membuat anda leka, mendengar musik yang dapat menangkap mood anda atau melekakan anda, sebenarnya anda sudah berada didalam hipnosis. Kita mengalami hipnosis setiap hari, samaada kita sedar atau tidak. Apabila anda berada didalam sesi pelajaran hipnosis yang dibimbing, atau memandu dijalan dalam khayal, anda mempunyai pemerhati diri (self observer), dimana ia adalah sebahagian dari diri anda yang sentiasa berwaspada dan menjaga anda.

Pemerhati diri ini detafsirkan satu aspek keajaiban pada minda anda, yang memastikan kita sentiasa selamat, walaupun ketika tidur. Ianya bukanlah pedamping atau kehidupan spiritual (khodam atau jin seperti selalu digambarkan oleh mereka yang jahil), ia adalah satu penemuan didalam fungsi otak kita yang kompleks. Semasa dihipnosis, kita percaya pemerhati diri ini akan menjaga kita.

Hipnosis dapat membantu minda kita menjadi lebih tajam dan waspada, dimana sebenarnya ia membantu kita menjadi lebih selamat dengan membuat kita lebih waspada dengan persekitaran kita setiap hari. Jika perspeksi anda tentang keadaan sekeliling anda baik, anda akan notis semua perkara akan berlaku lebih jelas atau mungkin keputusan yang lebih hebat akan terjadi....

Bolehkah hipnosis membuka rahsia anda?

Tidak langsung. Anda tidak akan dedahkan informasi yang anda tidak mahu dedahkan. Sebenarnya anda sentiasa mempunyai pilihan, dan otak tidak akan berhenti berfungsi atau memberi alasan. Bagaimanapun, dalam sesetengah anda akan dapati sesetengah maklumat dalaman, atau dalam satu-satu situasi, atau sabotaj, yang anda tidak pasti dalam sedar, yang memungkinkan minda separa-sedar anda terprogram yang menyebabkan anda kerap membuat kesilapan, jatuh sakit, marah, malang atau terlepas kunci penting kegagalan dan kejayaan anda.

Menariknya, apabila anda dapat belajar cara untuk mengetahui segala kebenaran dalaman yang anda rahsiakan dari minda separa-sedar anda, minda anda tidak lagi boleh menipu anda. Apabila strategi yang tidak disedari ini didedahkan, segala bakat atau kelebihan menjadi lebih terpancar (kenyataan).

Bolehkah Hipnosis membuat anda lakukan sesuatu tanpa rela saya?

Tidak sama sekali.Ini barangkali mitos yang paling besar. Hipnosis dewan dapat membuatkan orang melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan semasa dihipnosis, tetapi sebenarnya ianya berlaku kerana subjek tersebut sememangnya berkeinginan untuk berkelakuan yang diluar batasan.

Contoh


Pada satu ketika, saya bersama rakan saya menonton sebuah rancangan realiti tv, waktu itu Mawi Af3 membuat persembahan. Teman saya mengatakan seronoknya kalau jadi penyanyi Mawi. Saya hanya anggukkan kepala sambil tersenyum. Dalam hati saya mengatakan beginilah “cara otak separa sedar bekerja”. Dalam satu sesi perlatihan Hypnosis saya telah menghypnosis beliau dengan memberikan sumbang saran bahawa dia sekarang menjadi Mawi Af3.

Anda tahu apa hasilnya? Dia telah menyanyi dan menari seperti Mawi. Ini menunjukan dia sangat ingin menjadi seperti Mawi. Tapi tidak berpeluang. Di dalam kondisi hypnosis beliau telah mengambil maklumat yg tersimpan di minda bawah sedarnya seperti apa yang dia inginkan. Maka hasilnya terjadi lah Mawi, kerana beliau sangat ingin menjadi mawi.

Kesimpulanya Hypnosis sangat bergantung dengan nilai moral yang tertanam di minda separa sedar seseorang. Juru hipnosis dewan hanya akan memilih dengan cermat mereka yang sedia untuk dihipnosis. Anda tentu tidak mahu melakukan perkara atau saranan yang diluar moral atau nilai diri anda. Jika tidak, semua juru hipnosis sudah tentu mampu membuat anda merompak bank dan membawa balik wang. Sebenarnya, itu bukan tujuannya.

Bagaimana Jika Anda tidak boleh Terjaga?


Sebenarnya tidak pernah berlaku yang seseorang itu terkandas dalam wilayah hipnosis, hampir tidak mungkin. Jika juru hipnosis itu meninggalkan anda, atau dibiarkan mendengar dari kaset sehingga habis semasa sesi hipnosis.... anda mungkin akan terus tertidur dan terjaga secara semulajadi atau minda separa-sedar anda akan terbimbing kearah kewaspadaan sedar.

Mungkinkah anda melupakan semuanya semasa dihipnosis?


Biasanya berlaku kelupaan dalam sesi hipnosis. Biasanya, juru hipnosis akan sarankan anda lupakan apa yang diketahui umum, dan biasanya ianya akan memberi kesan. Hampir semua juru hipnosis mahu anda waspada terhadap sesi hipnosisnya. Anda mungkin waspada terhadap sekeliling anda, dan ingat kebanyakannya, walaupun tidak semua. Biasanya, anda akan ingat lebih dari apa yang kita bincangkan, kerana minda anda diletakkan disituasi fokus.

Dapatkah semua orang dihipnosis?


Ya. Faktanya hipnosis ialah belajar melalui sifat dan perangai. Anda boleh mengajar tubuh dan minda anda untuk masuk ke khayalan (trance), dan menjadi lebih baik dan lebih baik lagi bila anda selalu membut latihan hipnosis diri sendiri. Ramai orang tidak menyangka mereka telah dihipnosis dalam satu-satu sesi. Cuma mereka dapati ada sesuatu yang berubah pada diri. Kadangkala kesannya tidak ketara dan kadangkala dapat dilihat. Kesannya dapat dilihat dengan jelas, apabila minda anda inginkan perubahan, ianya berlaku dengan cepat. Kadangkala, apabila otak dan tubuh anda perlu dilakukan beberapa proses penyembuhan, kesannya akan menjadi lambat sedikit.

Kebenaran tentang Hipnosis


Ianya dapat menjadi alat untuk mengubah cara minda anda mentadbirkan hidup anda. Jika ada “satu tongkat ajaib”, yang dapat mengubah apa-apa tentang hidup, kesihatan dan perangai anda, hipnosis adalah jawapanya. Pengamal hipnosis yang baik tahu bagaimana mengeluarkan ketakutan dan sekatan, dan mencipta satu kebenaran baru yang dapat mengubah pola kehidupan yang dapat mengubah apa yang anda fikir, rasa dan lakukan.

Dapatkah hipnosis melakukan perubahan pada tubuh anda?


Anda sebenarnya membiakkan sel-sel baru secara berterusan. Kita mendapatkan kulit yang baru setiap 20 hari. Hipnosis bagaikan utusan (membawa saranan) yang menghantar maklumat kepada sel, otot dan seluruh bahagian tubuh dengan memasukkan saranan baru yang membetulkan atau memperbaiki maklumat disamping, menutupi maklumat yang tidak dikehendaki dibahagian yang bermasaalah.

Bolehkah hipnosis membuat tubuh anda menjadi lebih muda?


Hampir tepat. Jika tubuh kita secara berterusan membiakkan sel baru, dan jika kita sarankannya untuk menjadi paling sihat dan muda selalu, informasi bagaikan tercetak dalam perkembangannya, maklumat sebelumnya mungkin berubah. Secara peribadi, saya percaya ianya dapat dilakukan. Ianya adalah keputusan tentang apa yang anda fikir dan tanamkan didalam minda anda dan membenarkan minda anda untuk berhubung dengan tubuh anda. Apa yang sebenarnya anda mahu? Adakah anda mendapat keputusan yang anda mahu? Periksa sendiri saranan yang telah anda beri pada diri anda sendiri...